Sunday, May 27, 2007

semua tentang p ramlee, biodata p ramlee, tan sri p ramlee,

P. Ramlee

Tan Sri P. Ramlee
Tan Sri P. Ramlee

Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50an dan 60an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961.

P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma)

P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma)
P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

Senarai filem

  1. Abu Hassan Penchuri (1955)
  2. Ahmad Albab (1968)
  3. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
  4. Aloha (1950)
  5. Anak Bapak (1968)
  6. Anak-ku Sazali (1956)
  7. Anjoran Nasib (1952)
  8. Antara Dua Darjat (1960)
  9. Antara Senyum Dan Tangis (1952)
  10. Bakti (1950)
  11. Bujang Lapok (1957)
  12. Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
  13. Chinta (1948) (Filem pertama)
  14. Dajal Suchi (1965)
  15. Di Belakang Tabir (1969)
  16. Do Re Mi (1966)
  17. Doktor Rushdi (1970)
  18. Enam Jahanam (1969)
  19. Gelora (1970)
  20. Gerimis (1968)
  21. Hang Tuah (1956)
  22. Hujan Panas (1953)
  23. Ibu (1953)
  24. Ibu Mertua Ku (1962)
  25. Jangan Tinggal Daku (1971)
  26. Juwita (1951)
  27. Kanchan Tirana (1969)
  28. Keluarga 69 (1967)
  29. Labu Dan Labi (1962)
  30. Laksemana Do Re Mi (1972) (Filem terakhir)
  31. Love Parade (1963) (Pelakon undangan keluaran Shaw Brothers Hong Kong)
  32. Madu Tiga (1964)
  33. Masam Masam Manis (1965)
  34. Melanchong Ke Tokyo (1964)
  35. Merana (1954)
  36. Miskin (1952)
  37. Musang Berjanggut (1959)
  38. Nasib (1949)
  39. Nasib Do Re Mi (1966)
  40. Nasib Si Labu Labi (1963)
  41. Nilam (1949)
  42. Noor Asmara (1949)
  43. Nujum Pak Belalang (1959)
  44. Pancha Delima (1957)
  45. Panggilan Pulau (1954)
  46. Patah Hati (1952)
  47. Penarek Becha (1955)
  48. Pendekar Bujang Lapok (1959)
  49. Penghidupan (1951)
  50. Perjodohan (1954)
  51. Putus Harapan (1953)
  52. Putus Sudah Kaseh Sayang (1971)
  53. Rachun Dunia (1950)
  54. Ragam P Ramlee & Damaq (1964)
  55. Sabarudin Tukang Kasut (1966)
  56. Se Merah Padi (1956)
  57. Sedarah (1952)
  58. Sejoli (1951)
  59. Seniman Bujang Lapok (1961)
  60. Sarjan Hassan (1958)
  61. Sesudah Suboh (1967)
  62. Siapa Salah (1953)
  63. Sitora Harimau Jadian (1964)
  64. Sumpah Orang Minyak (1958)
  65. Takdir Illahi (1950)
  66. Tiga Abdul (1964)

Lihat juga

Pautan luar

nostalgia p ramlee

Kegemilangan seorang seniman yang tiada gantinya hingga kini walaupun telah lama meninggalkan kita, namanya masih disebut-sebut dan hasil karya seninya tetap mengambil tempat di persada seni tanah air.

Beliau adalah wira perfileman Melayu iaitu seniman agung Tak Sri P Ramli. Filem-filemnya masih diputar di media elektronik dan tidak jemu mengulangi menonton bukan sahaja di kalangan generasi seangkatan malah kalangan remaja yang belum lahir pada tahun kematiannya turut menggemari filem-filemnya. Suaranya berkumandang di udara seolah-olah beliau masih berada bersama kita menyemarakkan persada seni. Bagi mengenang sumbangan dan jasa P Ramli terhadap sejarah seni tanah air Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah Perlis telah menganjurkan malam Nostalgia P Ramli.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat untuk menyaksikan persembahan berkenaan. Turut sama berangkat Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda dan Puan Muda Kedah, Menteri Besar kedah YAB Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain dan Datin Sri Sharifah Hamidah Syed Hamid.

Lain-lain dif kenamaan yang hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Kesenian YB Haji Osman Md Aji dan isteri Hajah Rokiah Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Paduka Ismail Tan Sri Shafie dan isteri Datin Paduka Tengku Malaysiah Tengku Mansor, Pegawai Kewangan Negeri YB Dato’ Wira Mohd Omar Haji Mohamed dan isteri Datin Wira Fatimah Yahaya, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Puteri Intan Safinaz serta Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Dato’ Habibah Zon.

Malam Nostalgia P Ramli dihiasi dengan lagu-lagu ciptaan P Ramli disampaikan oleh penyanyi-penyanyi yang pernah memenangi pertandingan lagu-Lagu P Ramli dan Saloma. Selain itu diselitkan dengan sedutan lakonan dari filem-filemnya yang hingga kini masih segar di hati peminat.

P Ramli adalah pengarah, pelakon penggubah lagu-lagu, penulis skrip dan lakon layar, mengendalikan setiap teknik pengeluaran filem seperti penggambaran dan penyuntingan. Sebagai seniman P Ramli berjaya menghidupkan semua watak sama ada dramatik, vilain dan komikal. Menerusi kreativiti beliau melahirkan filem-filem yang berasakan realiti masyarakat yang merupakan kunci kejayaannya. Sambil menghiburkan diserap unsur pendidikan menerusi mesej yang disampaikan.

Antara kejayaan yang dicapai pada tahun 1955 menerima anugerah Muzik Terbaik pada Pesta Filem Asia menerusi filem Hang Tuah. Dua tahun kemudian mendapat anugerah Pelakon Terbaik kerana membawa dua peranan dalam filem Anakku Sazali. Tahun berikutnya 1958 beliau memenangi anugerah Hitam Putih Terbaik menerusi filem Sumpah Orang Minyak.

Di Pesta Filem ke 6 dalam tahun 1959 beliau menang hadiah Komedi Terbaik melalui filem Pendekar Bujang Lapok dan tahun berikutnya 1960 mendapat hadiah Komedi Terbaik bagi filem Nujum Pak Belalang. Menerusi filem Ibu Mertuaku beliau menang anugerah Pelakon Paling Berbakat pada tahun 1963. Tahun berikutnya filemnya berjudul Madu Tiga muncul sebagai filem Komedi Terbaik.

P Ramli mendapat penghormatan Pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1962 dan pangkat Sergent Titular dari Pasukan Askar Melayu Diraja kerana berjaya memilemkan Sarjan Hassan. Pada tahun 1990 belia dikurniakan Pingat Panglima Setia Mahkota membawa gelaran Tan Sri.